widgets
counter

Monday 28 November 2016

tmk tahun 1 2017






Tuesday, October 25, 2016



KURSUS MODUL TMK TAHUN 1 2017




Apa yang perlu kita faham tentang TMK Tahun 1 ialah ;

1. Murid tahun 1 2016 adalah kumpulan terakhir yang akan mengambil pelajaran TMK.
    Iaitu apabila mereka berada  tahun 4 pada 2019 dan berakhir pada 2021 bila berada pada tahun 6.

    Jadi matapelaajran TMK hanya akan berakhir 5 tahun lagi iaitu 2021.

2. Modul TMK tahun 1 tidak sama dengan matapelajaran TMK.
    Modul TMK akan diaplikasikan oleh 8 subjek mengikut topik dan standard kandungan tertentu.

3. Semua guru tahun 1,  2017 perlu menguasai modul kemahiran asas TMK dan   modul aplikasi.


Ringkaskan cerita, modul TMK ini akan digunakan dalam 8 subjek tahun 1 pada tahun hadapan.
Maksudnya ada standard kandungan tertentu dalam DSKP yang perlu menggunakan TMK dalam pdp.

Guru perlu menguasai 2 kemahiran ialaitu kemahiran asas dan modul aplikasi. 
Modul kemahiran asas melibatkan Pengenalan Komputer, Microsoft Word, Power Point, Paint, Sound Recorder
dan Pelayar Web.



Kredit kepada http://tmkbera2017.blogspot.my/ yang menyediakan semua yang berkaitan dengan modul
TMK tahun 1 2017.




















































Contoh RPH


















Monday 24 October 2016

Contoh RPH TMK

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.

Tajuk :-  Bentuk Asas  Bongkah
Ringkasan :- Menggunakan perisian pemprosesan perkataan (MS Word) secara kreatif
                        dalam memanipulasikan teks dan imej untuk menyampaikan idea atau
                        konsep sedia ada.
Standard Kandungan :- 
7.0  Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.
Standard Pembelajaran :-
7.1  Menggunakan perisian pemprosesan perkataan (MS-Word) secara kreatif dalam memanipulasikan teks dan imej untuk menyampaikan idea atau konsep sedia ada.
Tempoh Masa             :- 2 waktu.
Sumber :-  Komputer, LCD, laptop, lembaran kerja, Modul pembelajaran murid
                   ( Mari meneroka MS Word dalam mata pelajaran Sains )
Aktiviti 1 :-
1.      Guru menggunakan perisian persembahan MS PowerPoint untuk memperkenalkan pelbagai jenis bongkah .
2.      Guru memaparkan pelbagai jenis bentuk bongkah seperti kiub, kuboid, piramid, kon, silinder, sfera.
3.      Guru menyebut nama jenis-jenis bongkah.  Murid mendengar dan mengulang apa yang guru sebutkan..
Aktiviti 2  :-    1. Membuka aplikasi Microsoft MS Words.
Aktiviti 3  :-   Menyisipkan imej.
                        Ikut langkah seperti di bawah :-
1.      Murid menyiapkan gambar yang diambil dari ikon autoshape pada
menu bar.
2.      Murid mengubah suai saiz dan kedudukan imej.
3.      Murid memilih warna dan mewarnakan bongkah-bongkah yang dihasilkan.

Aktiviti 4  :-  Menaip teks.
1.      Murid memilih text box dan menaip nama bongkah-bongkah tersebut.
2.      Murid menyeret text box mengikut saiz yang dikehendaki .
3.      Murid mengubah jenis dan saiz tulisan.

Aktiviti 5 :-  Simpan dokumen.
1.      Murid menyimpan dokumen.
Aktiviti 6  :-  Mencetak.
1.      Murid mencetak dokumen yang telah siap.
Pentaksiran :-
                        Murid menyenaraikan objek-objek yang mempunyai bentuk-bentuk
                        bongkah tersebut.
Aktiviti pemulihan :-  Murid dibimbing oleh guru untuk menyiapkan tugasan mereka.

Aktiviti pengayaan :- Murid menambah animasi dan audio dalam tugasan mereka..


Saturday 19 July 2014

petikan 1

Baca cerita ini dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

Usaha tangga kejayaan.

Izhar menuntun basikalnya perlahan-lahan lalu menyandarkannya pada tiang rumahnya. Dia berasa serba salah untuk berhadapan dengan ibunya. Waktu itu, ibunya sedang menyidai pakaian dia ampaian.

            “Malunya aku hendak memberikan kad kemajuan ini untuk ditandatangi oleh ibu.” bisik Izhar sambil merenung ke arah sebuah busut di bawah rumahnya.

            “Wah, hebatnya anai-anai itu! Setahu aku, ayah telah mencangkul busut itu minggu lepas.”
            Izhar terpukau oleh kerajinan anai-anai yang tidak mengenal erti mengalah. Dugaan yang dihadapi dapat diatasi oleh anai-anai itu. Kerja-kerja membina busut itu tetap dilakukan.

            “Busut itu tentunya sekecil bola beberapa hari yang lepas. Hari ini, busut itu telah meninggi  setinggi baldi merah ibu,” bisik Izhar lagi.

            Izhar pun terus mengingati kembali keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang diperolehnya tadi. Impiannya untuk mendapat 5A dalam peperiksaan berkecai.

            “ Jangan bimbang, ayah, ibu. Saya pasti akan berjaya mengharumkan nama sekolah. Sekolah saya terkenal sebagai Sekolah Harapan Negara. Lagipun saya seorang murid yang dikagumi di sekolah itu.” Kata-kata itu diingatinya kembali selepas ayah dan ibunya berleter kerana dia tidak mengulangi kaji pelajaran.

            Aku kesal dengan kata-kataku tempoh hari. Selama ini aku rasakan akulah yang terbaik dalam kalangan rakanku.

            “ Aduh, pedihnya rasa hatiku ini! Aku malu hendak berjumpa dengan mereka,”  bisiknya lagi.
            “Izhar, apakah yang kamu buat di tepi rumah itu? Pergilah naik. Ibu telah menyediakan 
              makanan di dapur. Makan ya, nak!” tegur ibunya.

            “Baiklah, ibu,” kata Izhar.

            Semasa hendak makan, Izhar termenung lagi. Kali ini dia teringat-teringat akan kehebatannya dalam bidang sukan di sekolah. Semua guru memujinya dan mereka sering menasihatinya agar berusaha dengan bersungguh-sungguh, tetapi dia masih bersikap sambalewa.

            Perbuatan Izhar akhirnya makan diri. Dia benar-benar menyesal. Cita-cita ibu dan ayah hendak melihatnya memasuki sekolah berasrama penuh mungkin punah.


            “ Mulai hari ini, aku berjanji akan berusaha seperti anai-anai itu dan tidak akan mengalah sama sekali. Aku akan memastikan hasrat ayah dan ibu tercapai,” bisik Izhar.

Latihan 4

D. Susun maklumat di bawah mengikut urutan yang betul.Kemudian, tulis cerita berdasarkan maklumat tersebut.Gunakan ayat kamu sendiri.


Keputusan peperiksaan pertengahan tahun Izhar tidak memuaskan.



Izhar malu hendak berhadapan dengan ibunya semasa pulang dari sekolah.



Dia menyesal kerana tidak menghiraukan nasihat ibu bapa dan gurunya.



Izhar berazam akan belajar dengan bersungguh-sungguh



Kerajinan dan ketabahan anai-anai menyedarkan Izhar.



Izhar ternampak anai-anai yang sedang tekun membuat busut.



­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Latihan 3


C. Senaraikan kata ganda yang terdapat dalam cerita di atas.Kemudian ,bina ayat dengan  
    menggunakan kata ganda tersebut.

Kata Ganda
1. _______________________________

2.________________________________

3.________________________________

4.________________________________

5.________________________________

Ayat

1._____________________________________________________

2._____________________________________________________

3._____________________________________________________

4._____________________________________________________

5._____________________________________________________





Latihan 2



B. Nyatakan mesej yang ingin disampaikan dalam cerita ini.

1._________________________________________________________________________

  _________________________________________________________________________


2._________________________________________________________________________

  _________________________________________________


3._________________________________________________________________________

  __________________________________________________________________________