widgets
counter

Tuesday, 8 July 2014

Lawatan Ke Pesta Buku

Lampiran 1
Bahasa Melayu Tahun 5
Nama:________________                          Tarikh:_________

Tajuk : Lawatan ke Pesta Buku

Pada hari Jumaat yang lalu, saya bersama rombongan sekolah saya telah pergi melawat ke Pesta Buku di Muar. Rombongan sekolah  kami seramai  20 orang dengan diiringi oleh 4 orang guru.
Kami pergi dengan menaiki bas sekolah yang telah disewa khas.Kami bertolak dari sekolah  lebih kurang  pada pukul 8.30 pagi.Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Sepanjang perjalanan dapat kami saksikan pemandangan indah dan menarik di sepanjang kiri kanan jalan .Keadaan di jalan raya amat sibuk sekali . Kami sampai ke tempat pamiran buku lebih kurang pada pukul 9.30 pagi.
Keadaan di situ amat sesak sekali dengan pelajar sekolah. Saya dapat anggarkan keramaian pelajar sekolah lebih 1500 orang.Saya sempat juga memilih dan membeli beberapa buah buku kerja sekolah.Harganya amat berpatutan.
Selepas melawat ke pesta buku, kami pun beredar ke tempat peranginan di Muar iaitu Tanjung Emas  untuk makan tengah hari. Keadaan di  situ juga amat menarik sekali. Keadaan pantainya amat indah sekali. Di situ ada kedai ,musalla dan juga tempat permainan kanak-kanak.
Selepas selesai makan, kami berehat sekejap dan selepas itu kami pun beredar untuk pulang.Kami sampai di sekolah lebih kurang pada pukul 3.00 petang dengan rasa amat puas sekali. Sesungguhnya pengalaman itu amat penting sekali untuk kita.Bak kata pepatah “Jauh perjalanan luas pemandangan”


No comments:

Post a Comment