Baca
cerita ini dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
Usaha
tangga kejayaan.
Izhar menuntun basikalnya
perlahan-lahan lalu menyandarkannya pada tiang rumahnya. Dia berasa serba
salah untuk berhadapan dengan ibunya. Waktu itu, ibunya sedang menyidai pakaian
dia ampaian.
“Malunya
aku hendak memberikan kad kemajuan ini untuk ditandatangi oleh ibu.” bisik
Izhar sambil merenung ke arah sebuah
busut di bawah rumahnya.
“Wah,
hebatnya anai-anai itu! Setahu aku, ayah telah mencangkul busut itu minggu
lepas.”
Izhar
terpukau oleh kerajinan anai-anai
yang tidak mengenal erti mengalah. Dugaan
yang dihadapi dapat diatasi oleh anai-anai itu. Kerja-kerja membina busut
itu tetap dilakukan.
“Busut
itu tentunya sekecil bola beberapa hari yang lepas. Hari ini, busut itu telah
meninggi setinggi baldi merah ibu,”
bisik Izhar lagi.
Izhar
pun terus mengingati kembali keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang
diperolehnya tadi. Impiannya untuk mendapat 5A dalam peperiksaan berkecai.
“
Jangan bimbang, ayah, ibu. Saya pasti akan berjaya mengharumkan nama sekolah.
Sekolah saya terkenal sebagai Sekolah Harapan Negara. Lagipun saya seorang
murid yang dikagumi di sekolah itu.” Kata-kata itu diingatinya kembali selepas
ayah dan ibunya berleter kerana dia tidak mengulangi kaji pelajaran.
Aku
kesal dengan kata-kataku tempoh hari. Selama ini aku rasakan akulah yang
terbaik dalam kalangan rakanku.
“
Aduh, pedihnya rasa hatiku ini! Aku malu hendak berjumpa dengan mereka,”
bisiknya lagi.
“Izhar,
apakah yang kamu buat di tepi rumah itu? Pergilah naik. Ibu telah menyediakan
makanan di dapur. Makan ya, nak!” tegur ibunya.
makanan di dapur. Makan ya, nak!” tegur ibunya.
“Baiklah,
ibu,” kata Izhar.
Semasa
hendak makan, Izhar termenung lagi. Kali ini dia teringat-teringat akan
kehebatannya dalam bidang sukan di sekolah. Semua guru memujinya dan mereka
sering menasihatinya agar berusaha dengan bersungguh-sungguh, tetapi dia masih
bersikap sambalewa.
Perbuatan
Izhar akhirnya makan diri. Dia benar-benar menyesal. Cita-cita ibu dan ayah
hendak melihatnya memasuki sekolah berasrama penuh mungkin punah.
“
Mulai hari ini, aku berjanji akan berusaha seperti anai-anai itu dan tidak akan
mengalah sama sekali. Aku akan
memastikan hasrat ayah dan ibu tercapai,” bisik Izhar.
No comments:
Post a Comment